Ayam Masak Ungkep


















Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong 8
2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan halus/putih
2 cm halia
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 btg serai
1-2 sudu besar cili kisar - optional
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Air secukupnya


Cara menyediakan:
1) Tumbuk hingga lumat ketumbar dan jintan halus kemudian tumbuk pula halia,
     bawang merah, serai(dititik) dan bawang putih.
2) Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan cili kisar.
    Tumis sehingga garing.
3) Masukkan ayam, asam keping serta sedikit air.
    Renehkan sehingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
4) Masukkan garam secukup rasa dan boleh lah diangkat.

0 Response to "Ayam Masak Ungkep"

Post a Comment

wdcfawqafwef