Bubur Lambuk Tanjung Keling
Bahan:
• 7 camca besar minyak masak
• 2 liter air
• 200 gm daging tetel
• 300 gm beras
• 50 gm kacang dal, direndam semalaman
• Garam secukup rasa
• 3 camca besar daun sup hiris
• 3 camca besar daun bawang hiris
• Bawang goreng (daripada 7 biji bawang merah)
Bahan tumis:
• 3 cm kayu manis
• 3 kuntum bunga lawang
• 2 camca besar serbuk kurma
• 5 biji buah pelaga
• 1 camca besar bawang putih, dikisar
• 1 camca besar bawang merah, dikisar
• 1 camca besar halia, dikisar
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Kacau sehingga terbit
bau.
2. Masukkan air, kacau rata. Kemudian masukkan daging yang dihiris, kacau lagi. Biar ia
masak sehingga daging lembut.
3. Masukkan beras dan kacang dal dan kacau rata. Biarkan kedua-dua bahan ini kembang.
4. Masukkan garam dan masak 15 minit.
5. Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Enak dimakan
untuk berbuka puasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Bubur Lambuk Tanjung Keling"
Post a Comment