Ayam Damsyik

Bahan:
• 6 g bawang putih
• 12 g bawang kecil, dikisar halus
• 4 g halia
• 10 g serbuk jintan manis
• 30 g serbuk jintan putih
• 5 g serbuk kunyit
• 2 g daun kari
• 15 ml minyak sapi
• 10 g keju parmesan
• 20 ml santan
• 5 ml susu cair
• 2 g garam
• 1 g gula


Bahan perapan:
• 600 g ayam/bebiri muda
• 5 g jintan manis
• 10 g jintan putih
• 5 g garam
• 2 g halia


Cara membuat:
1.Perapkan ayam/bebiri muda dengan jintan manis, jintan putih, garam dan gula semalaman.
2.Setelah diperap ayam/bebiri muda hendaklah digoreng setengah masak.
3.Tumiskan bahan yang sudah dikisar sehingga keluar aromanya.
4.Masukkan kedua-dua serbuk jintan bersama serbuk kunyit, tumis sehingga pecah minyak.
5.Setelah pecah minyak masukkan pati santan pekat dan gaul sehingga sebati.
6.Kemudian masukkan susu cair, biarkan sebati dan bersalut.
7.Akhir sekali masukkan keju parmesan bersama garam dan gula

0 Response to "Ayam Damsyik"

Post a Comment

wdcfawqafwef