Bahan-bahannya:
2 peket tauhu telur - potong 4 dan digoreng
2 ekor sotong - potong cincin
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong bulat
3 sd mkn sos cili
2 biji cili merah - hiris serong
4 sd mkn kicap lemak masin - (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit)
sedikit serbuk perasa (optional)
sedikit daun bawang
Cara Masak:
- Panaskan 2 sd mkn minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning.
- Masukkan sos cili. Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa.
- Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak.
- Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata.
- Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.
0 Response to "TAUHU TELUR-SOTONG MASAK KICAP"
Post a Comment