HA! Rangka Ayam Goreng ni selalu kita jumpa di pasar-pasar malam.. Harganya berbeza-beza.. ada yang RM3.50 satu, malah ada juga yang berharga RM5.00 satu..
Apa kata kita buat sendiri.. ermmm.. puas makan kan?
Ok.. Jom! kita semak cara-caranya...
Bahan-bahannya:
4 rangka ayam
2 sudu teh garam
2 sudu makan rempah kari daging
2 biji telur
2 senduk (saya guna senduk nasi) tepung jagung
2 senduk tepung beras
Cara-caranya:
- Cuci rangka ayam. Taburkan garam dan ratakan keseluruh ayam.
- Masukkan serbuk kari daging dan gaul rata. (perapkan dalam peti ais selama 5 jam).
- Pecahkan telur dalam pinggan. (Gunakan bekas besar supaya mudah nak salut pada ayam). Kacau dengan garfu hingga rata.
- Campurkan kedua-dua tepung dan gaul rata. (Juga gunakan bekas yang besar yang muat dimasukkan ayam)
- Celupkan rangka ayam ke dalam telur.
- Masukkan ayam ke dalam bekas tepung dan salut dengan tepung hingga rata.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng tenggelam ayam yang sudah disalut tepung tadi hingga masak. (Gunakan api yang sederhana sahaja)
- Sejatkan minyak pada ayam goreng.
- Hidangkan. Enak dimakan bersama-sama dengan sos cili atau sos tomato.
0 Response to "RANGKA AYAM GORENG"
Post a Comment