Rendang Kerang
Bahan-bahan :
2 kg kerang | dibuang kulitnya
2 paket Santan Segera Adabi | dibancuh dengan 2 cawan air suam
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar minyak masak
Garam, gula dan Serbuk Perasa MSG Adabi secukupnya
Dikisar
10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sm halia
1 sm lengkuas
3 batang serai dititik
Dimayang halus
1 helai daun kunyit
Cara Memasak :
1.Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Kacau rata hingga pecah minyak.
3.Masukkan pula santan dan serai, masak di atas api sederhana hingga kuah pekat.
4.Seterusnya masukkan kerang rebus, kerisik, garam, gula dan perasa secukupnya.
5.Kecilkan api dan terus kacau rendang hingga kuahnya kering.
6.Sebelum angkat, taburkan daun kunyit, kacau rata sebelum diangkat.
0 Response to "Rendang Kerang"
Post a Comment