MEE GORENG
Bahan-bahannya:
1 bungkus mee kuning
Isi ayam - dipotong dadu
1 mangkuk udang - saiz ikut suka
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap pekat masin
2 sudu makan kicap pekat manis
2 pokok sawi - dipotong 1 inci
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Cara Masak:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan wangi.
- Masukkan isi ayam dan udang. Gaul rata.
- Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan gaul rata hingga ayam dan udang masak.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Rasa masin manisnya.
- Masukkan sawi dan mee. Gaul rata hingga mee masak.
- Sedia untuk dihidangkan.
0 Response to "MEE GORENG"
Post a Comment