Bahan-bahannya:
40g tepung kastard - lebih kurang 4 sudu makan
5 sudu besar gula castor
900 ml susu sejat (susu cair)
1 tin fruit cocktail (boleh juga kalau nak guna buah nenas, kiwi atau buah naga)
Cara-caranya:
- Masukkan tepung kastard ke dalam mangkuk. Masukkan juga 200ml susu cair. Gaul sebati.
- Panaskan 700ml susu cair sehingga mendidih.
- Tuang susu yang mendidih ke dalam adunan kastard, kacau rata.
- Panaskan adunan kastard di atas api kecil hingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
- Apabila sudah mendidih, matikan api dan masukkan gula. Kacau hingga gula larut dan sebati.
- Tuang kastard ke dalam gelas dan diselang-selikan dengan buah-buahan cocktail. Akhiri dengan lapisan kastard, hias dan sejukkan dalam peti ais.
0 Response to "FRUIT COCKTAIL"
Post a Comment