Bahan-bahannya:
25 biji cili api
2 - 3 ulas bawang putih
Kicap pekat manis
Cara Memasak:
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan. (Ada petua supaya dipatahkan sikit cili tu sebelum digoreng supaya tidak meletop tapi saya kadang-kadang tu malas. Tutup ajelah kuali tu dengan tudung periuk. hahaha...)
- Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
- Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
*** Sambal kicap ini sedap dinikmati bersama sup ayam, tauhu goreng, tempe goreng, pisang goreng, soto dan macam-macam lagi.
0 Response to "SAMBAL KICAP"
Post a Comment