Bahan-bahannya:
1 ekor ikan terubuk masin - bersihkan sisiknya dan rendam untuk kurangkan rasa masinnya.
2 keping asam gelugor - (boleh juga kalau ganti dgn buah nenas)
1 kotak kecil santan pekat
1 cawan air
1 helai daun kunyit - buang tulang tengah dan hiris halus
2 batang serai - dititik
Garam
Serbuk perasa
Bahan tumbuk lumat:
25 biji cili api
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
Cara-caranya:
- Masukkan bahan tumbuk dan serai dalam periuk. Masukkan sedikit air. Masak atas api hingga airnya kering.
- Masukkan santan, 1 cawan air, ikan terubuk, daun kunyit dan asam gelugor. Masak guna api perlahan hingga mendidih. Sering dikacau supaya tidak pecah lemak.
- Rasa masinnya dahulu kerana ikan terubuk ni dah masin. Jika kurang masinnya, baru masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau sebati.
- Tutup api dan hidangkan.
0 Response to "IKAN TERUBUK MASIN MASAK LEMAK CILI API"
Post a Comment