Bahan-bahannya:
3 biji terung panjang - belah dua dan potong serong 1 inci
1 keping asam gelugor
Garam
Gula
Bahan Tumbuk Lumat:
Segenggam cili api
1 sudu makan udang kering
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
- Masukkan terung. Gaul rata hingga terung layu dan lembut. (Tak perlu masuk air kerana terung akan lembut sendiri).
- Tutup api dan hidangkan.
0 Response to "TERUNG GORENG CILI API"
Post a Comment