PULUT-UBI KAYU

PULUT-UBI KAYU
Bahan-Bahannya:
2 cawan pulut - (saya guna pulut susu)
2 biji ubi kayu - dikupas, dicuci dan direbus hingga empuk. Masukkan sedikit garam semasa merebus
Santan cair
Sedikit garam
Ikan kering - digoreng
1/2 biji kelapa parut - (ambil putihnya sahaja)

Cara-caranya:

  1. Didihkan air di dalam periuk pengukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan ke dalam loyang.
  4. Masukkan santan cair yang sudah dicampur dengan sedikit garam hingga separas dengan beras pulut.
  5. Kukus sehingga pulut masak. Kacau dengan garfu supaya beras pulut gembur.
  6. Kukus lagi pulut (dalam 5 minit).
  7. Ke tepikan pulut.
  8. Kukus pula kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Jangkamasanya lebih kurang 10 minit. Tujuannya supaya kelapa parut tidak cepat basi atau masam.
  9. Ke tepikan.

 
Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis:
6 sudu makan cili kering kisar
1/2 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 2 cawan air
1 mangkuk ikan bilis
2 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris kasar
Garam
Serbuk Perasa

Bahan Tumbuk:
Sejemput ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan bilis dan bawang besar. Kacau rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air lagi.
  6. Bila sambal sebati dan bawang besar sudah layu, tutup api.
  7. Hidangkan.

Cadangan cara menghidang:
  1. Ambil dua atau tiga ketul ubi rebus. Lenyekkan dengan garfu sehingga hancur.
  2. Campurkan ke dalam pulut. Gaul rata.
  3. Sendukkan pulut-ubi ke dalam pinggan dan beberapa ketul ubi.
  4. Sudukan kelapa parut ke atas ubi rebus.
  5. Sudukan sedikit sambal tumis di tepi pinggan.
  6. Letakkan seekor ikan kering goreng di atas pulut.
  7. Hidangkan.
** Gabungan pulut dan ubi kayu, apabila dimakan dengan ikan masin dan sambal tumis... Mmmmm... memang enak. Tambah pula ubi rebus yang dicicah dengan kelapa parut... Perghhhhh!!!! Mak mertua lalu kat depan pun kita buat dek aje... hahaha...



0 Response to "PULUT-UBI KAYU"

Post a Comment

wdcfawqafwef