Bahan-bahannya:
6 ketul sosej
6 ketul roti hot dog
6 keping cheese chedar
2 biji telur
Sedikit mayonis
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
sedikit garam
1 sudu makan gula
Langkah-langkahnya:
- Didihkan air di dalam periuk. Masukkan sosej dan masak selama 5 minit. Angkat dan sejatkan.
- Lenserkan sedikit minyak dalam kuali. Kocok sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali supaya menghasilkan telur dadar yang nipis. Bila telur masak, angkat dan ke tepikan. Ulang untuk telur yang sebiji lagi.
- Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sebentar.
- Masukkan secubit garam dan gula. Kacau lagi hingga sos berbuih.
- Masukkan sosej dan gaul rata hingga sos pekat dan menyaluti sosej. Padam api.
- Belah roti tanpa putus.
- Sekeping telur dibahagi dan dipotong kepada 3 bahagian.
- Letak sekeping cheese di atas sebahagian telur.
- Letak sosej di atas cheese dan gulung telur menyaluti sosej. Masukkan sosej ke dalam belahan roti.
- Ulang untuk semua sosej.
- Lebihan sos disudukan ke atas sosej.
- Paipkan mayonis. Siap untuk dihidangkan.
0 Response to "HOT DOG SPECIAL"
Post a Comment