Tuesday, June 16, 2009
Resepi Mee
Mee Kuah 3 Rasa
Bahan-bahan:
1kg mee kuning di celur
Bahan Tumis – A
2 tbsp bawang putih kisar
2 tbsp cili kering kisar (cili boh) lebihkan kalo nak pedas
1 biji bawang besar mayam halus
3 @ 4 tbsp minyak masak
Bahan Perasa – B
1 1/2 cawan kicap manis1
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan sos tiram
1 ketul kiub ayam maggi
1 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp gula
Garam secukup rasa
Air 2 liter
1 cwn Stok udang (ambil kulit & kepala udang rebus dgn 1 cawan air, kisar & tapis)
Perencah – C
1 ketul dada ayam potong dadu
10 ekor udang siap kupas & belah 2 (size L )
6 biji bebola daging belah 4
6 biji bebola ikan belah 4
6 filmen stick / crab meat potong serong
5 btg frankftr ayam-ayamas potong serong
10 biji cendawan butang belah 2
Sayur-sayuran - D
Sawi hijau potong mcm biasa
Hiasan bawang goreng & hirisan daun sup dan cili jeruk
Cara-cara membuatnya :-
1. Tumis bahan A hingga terbit minyak atau garing .
2. Masukkan daging ayam, kacau-kacau hingga agak kecut & masukkan bahan perasa B
3. Tambah air 2 ltr & air stok udang. Biar didih.
4. Masukkan udang & perencah C dan yang lain-lain. Didih sekali lagi .
5. Setelah mendidih masukkan sayur-sayuran.Didih kejap sahaja dan matikan api.
Cara hidang
Letak mee yang dah dicelur tu ke dalam mangkuk.
Curahkan kuah yang telah dimasak .
Taburkan bawang goreng @ daun sup & cili jeruk .
0 Response to "Mee Kuah 3 Rasa"
Post a Comment