Shortbread Hearts














Bahan-bahan:(70 biji)
- 250gm mentega tanpa garam (pada suhu bilik)
- ½ cawan gula halus
- 2½ cawan tepung gandum
- ½ cawan tepung beras
- 70 biji gula-gula berwarna, yg keras (clear-coloured) >pecah2kan klu terlalu besar

Cara-cara:
1)Pukul butter degan gula sehingga gebu.
2)Masukkan tepung yg diayak dan kacau sehingga jadi doh lembut.
3)Bahagikan doh kepada dua, balut degan plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
4)Panaskan oven, 180C.
5)Keluarkan sebahagian doh dan canaikan setebal 1/2 cm. Boleh tambah sedikit tepung supaya tidak melekit.
6)Guna 7cm cutter (bentuk jantung) potong satu keping doh. Letak doh tu kat atas tray oven yg dilapis dgn baking paper.
7)Guna 4cm cutter potong bentuk jantung di tengah-tengah bentuk jantung yg dipotong tadi.
Ulang sampai habis.
8)Bakar selama 5 minit, letak sebiji gula-gula kat tengah-tengah setiap biscuits. Jika gula2 terlalu besar letak 1/2 biji. Bakar 5 minit lagi atau sehingga gula2 dah cair.
9)Biar sejuk dalam tray atau keluarkan degan paper sekali dan biar sejuk atas rack.

0 Response to "Shortbread Hearts"

Post a Comment

wdcfawqafwef