Rendang Ayam Kedah













Bahan-bahan:
1 ekor ayam-dipotong2
santan dari 2 biji kelapa
1 cawan kerisik
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 sudu besar gula merah
garam dan serbuk perasa (jika suka)
2 sudu besar minyak sapi

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
10 cm lengkuas
5 cm halia
3 cm kunyit hidup
5 batang serai
100 gm cili kering

Rempah tumis:
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji cengkih
5 biji buah pelaga

Cara-cara membuatnya:
1)Panaskan minyak sapi. Tumis bahan kisar dan rempah tumis hingga naik bau.
2)Masukkan ayam, biar hingga airnya kering sedikit. Tuangkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.
3)Bila sudah empuk, masukkan kerisik, garam dan gula merah. Masaklah hingga pekat. Sedia untuk dimakan mengikut kesukaan masing2

0 Response to "Rendang Ayam Kedah"

Post a Comment

wdcfawqafwef