AYAM SUMOR SOLO

Ayam sumor solo ini adalah salah satu resepi tradisional masyarakat jawa yang dihidangkan semasa upacara-upacara besar seperti kenduri-kendara, hari raya dan sebagainya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat baik saya Cikgu Hamidah Hamlawi kerana sudi untuk berkongsi resepi ini dengan saya. Setelah dicuba memang ternyata masakan ini sedap sekali dan mempunyai rasa yang tersendiri dengan bau wangi rempah yang disangai, memanggil-manggil kita untuk menikmatinya. Sesuai untuk dinikmati bersama nasi atau ketupat. 
Jom! Kita semak resepinya.

AYAM SUMOR SOLO
Bahan-Bahannya:
1 ekor ayam - dipotong 4, digaram kunyit dan digoreng separuh masak. (Saya potong kecil-kecil untuk mudah, sesuai untuk hidangan keluarga)

3 sudu makan kerisik
Santan dari sebiji kelapa
3 batang serai - dititik
2 sudu makan cuka
5 sudu makan kicap lemak manis
garam gula secukupnya


* 3 sudu makan rempah ketumbar
* 2 sudu makan jintan putih

Bahan * hendaklah disangai hingga wangi. Boleh guna serbuk atau biji. Jika guna biji, boleh dikisar sekali dengan bahan kisar halus.

Bahan kisar halus
4 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1 inci halia



Cara Memasaknya:

  1. Di dalam kuali atau periuk, masukkan sekali santan, rempah ketumbar, jintan, bahan kisar dan kerisik. Masak dan kacau sesekali sehingga naik bau.
  2. Masukkan cuka, kicap, garam dan gula. Masak lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam goreng dan masak hingga kuahnya pekat dan agak kering.
  4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


0 Response to "AYAM SUMOR SOLO"

Post a Comment

wdcfawqafwef