KEK SARANG SEMUT



KEK SARANG SEMUT
Bahan-Bahan 1:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 sudu makan planta

Cara-caranya:
Masukkan gula ke dalam periuk.

Masak gula hingga cair dan berwarna perang.

Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Masa ini kena berhati-hati ye kerana gula yang panas akan memercik bila dituang air panas. Sebab itu kena tuang air panas tu sedikit demi sedikit. 
Bila gula sudah sebati dengan air, tutup api.

Masukkan planta dan kacau hingga planta larut sekata. Sejukkan.

Bahan-Bahan 2:
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:
  • Ayak tepung + soda bikarbonat. Ketepikan.

Pukul telur hingga kembang. Gambar atas ni belum kembang ye.. 

Ha! yang ini baru dikatakan kembang....

Bila telur sudah kembang, masukkan susu pekat dan kacau hingga rata. (Guna speed rendah je..)
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul rata. (Juga guna speed rendah je..)

 Akhir sekali, masukkan air gula yang sudah disejukkan tadi. Pukul sebati.
Perapkan adunan ini selama 2 hingga 3 jam.

 Setelah 3 jam, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan. 
Masukkan ke dalam oven suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak. 
Kali ini saya gunakan magic pan vantage. Jadi tak perlulah digriskan. Lepas masukkan adunan, saya bakar di atas dapur gas menggunakan api yang paling perlahan. Biarkan tudung pan terbuka.

 Selepas 15 minit, adunan akan mendidih. Biarkan aduna habis mendidih, baru tutup tudung pan. Biarkan selama lebih kurang 5 minit atau hingga atasnya kering. Boleh juga kalau mahu terbalikkan pan ni untuk bakar di atasnya sebentar. 

 Inilah hasilnya KEK SARANG SEMUT SAYA...
Rasa-rasanya, semut akan confius tak tengok sarang ni? hehehe..

0 Response to "KEK SARANG SEMUT"

Post a Comment

wdcfawqafwef