SOTONG GORENG KUNYIT
Bahan-Bahannya:
10 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong cincin
1 biji bawang besar - dipotong baji
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 tangkai daun kari
4 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Cara Masak:
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi.
- Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
- Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
- Masukkan bahan-bahan lain dan sotong. Gaul rata hingga sotong masak iaitu dalam 5 minit aje.. (Jangan masak sotong terlalu lama, nanti sotong akan jadi liat)
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
0 Response to "SOTONG GORENG KUNYIT"
Post a Comment