DURIAN CREPE

Demam Durian Crepe turut melanda saya... tiap-tiap hari tengok rakan-rakan saya menayangkan durian crepe yang mereka hasilkan. Jeles betul tengok hasil kerja mereka tu... Tak boleh jadi ni.. kebetulan hari ni ada orang jual durian kampung yang mabeles isinya...Hahahaha... hajat sekian lama mesti ku laksanakan hari ni... Dua, tiga resepi crepe telah ada di dalam simpananku.. Saya bandingkan dan saya olah mengikut apa bahan-bahan yang ada di dapur saya... Saya menggunakan 6 jenis tepung untuk membuat Durian Crepe ni.. Jadi, kawan-kawan inilah hasilnya.. 
Jom!!!!!

DURIAN CREPE
Bahan-bahannya:
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kentang
4 sudu besar tepung naik sendiri

1 1/2 sudu besar gula castor
2 biji kuning telur
1 penutup esen vanila
1/2 tin susu cair
1 sudu kecil garam
Air
3 sudu besar mentega yang dicairkan
1 sudu teh pewarna kuning lemon

Bahan Filling:
Isi durian yang telah dibuang biji
1 cawan fresh cream - diputar hingga kental

Cara-caranya:

  1. Maukkan semua bahan tepung dan yang lain kecuali mentega cair dan pewarna ke dalam blender. Tambahkan air sehingga kurang 1 inci untuk penuh blender.
  2. Kisar hingga rata. Simpan di dalam peti ais selama sejam. (Saya simpan dengan blender2 sekali.. )
  3. Selepas sejam, keluarkan dan masukkan mentega dan pewarna, kisar sekejap aje hingga rata.
  4. Panaskan non-stick pan menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan adunan dan lenggangkan kuali supaya crepe tidak terlalu tebal atau terlalu nipis sehingga adunan likat dan biarkan hingga atasnya masak. Tak perlu terbalikkan. (Crepe ini adalah seperti kuih dadar/kuih ketayap yang lembut).
  5. Ulang langkah 4 hingga semua adunan tepung habis. Biarkan crepe sejuk..

 
Bentangkan crepe dengan bahagian yang licin di bawah. Dengan menggunakan plastik piping, pipekan fresh cream di tengah-tengah crepe.

 Sudukan isi durian di atas fresh cream

 Paipkan fresh cream di atas isi durian

 Lipat crepe

 Lipat crepe

 Jadilah seperti ini...

YUMMY1 YUMMY!

0 Response to "DURIAN CREPE"

Post a Comment

wdcfawqafwef