Bahan:
3 cawan biji sagu - dicuci sebentar aje dan disejatkan
1 cawan kelapa parut
gula melaka - dihiris hancur
sedikit garam
Daun pisang - dilayur atas api
Cara memasak:
1. Gaul biji sagu, kelapa parut dan sedikit garam sehingga rata.
2. Bentukkan daun pisang menjadi kon, masukkan sesudu adunan biji sagu.
3. Masukkan sedikit gula melaka.
4. Lapiskan dengan sesudu adunan biji sagu.
5. Lipat dan kemaskan daun pisang dengan lidi atau stapler.
6. Kukus hingga masak. (lebih kurang 20 minit)
~ SELAMAT MENCUBA ~
0 Response to "ABOK-ABOK"
Post a Comment