BUBUR NASI SUP AYAM SESUAI UNTUK YG DEMAM & TAK BERSELERA MAKAN

Bubur Nasi:
  1. Basuh beras (saya guna beras wangi), bubuh air banyak2, masukkan halia hiris, sedikit garam.
  2.  Masak atas dapur gas guna api sederhana, bila dah mendidih, perlahankan api. masak hingga bubur pekat. sesekali kacau bubur tu.

Sup Ayam:
  1. Tumis bwg besar, bwg putih dan halia yg ditumbuk hingga wangi, 
  2. Masukkan air, ayam, sup bunjut. 
  3. Biarkan hingga ayam masak. (boleh juga kalau nak masukkan kentang dan carrot yg dipotong dadu). 
  4. Masukkan garam dan bahan perisa. 
  5. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup.

Sambal kicap:

  1. Goreng segenggam cili api dan 3 ulas bwg putih dlm minyak yg panas. (AWAS!!! selepas masukkan cili dan bwg ke dlm kuali, segera tutup kuali dgn penutup. Kalau tidak anda akan diserang oleh peluru berpandu.. hehehe). 
  2. Bila cili dah layu, angkat. 
  3. Bolehlah ditumbuk atau diblend. 
  4. Selepas ditumbuk, masukkan kicap kipas udang manis. Kalau blend, jgn masukkan air, tp terus masukkan kicap. Kalau guna kicap pekat biasa, tambahkan gula.

Cara Hidang:
Sendukkan bubur nasi. Siatkan ayam sup tadi. Masukkan sup. Taburkan ikan bilis goreng dan sudukan sambal kicap. Yummy...




0 Response to "BUBUR NASI SUP AYAM SESUAI UNTUK YG DEMAM & TAK BERSELERA MAKAN"

Post a Comment

wdcfawqafwef