Nak tau cara saya masak TELUR MATA KERBAU BERKICAP ni.. Jom! Follow saya..
TELUR MATA KERBAU BERKICAP
Cara-caranya:
- Dalam kuali, panaskan 2 sudu makan minyak. (Jangan letak minyak banyak2 tau, nanti kicap tak mau lekat kat telur...)
- Pecahkan sebiji telur. (Guna api yang perlahan aje..). Bila putih telur sudah mula masak, masukkan sedikit kicap di atas kuning telur tu. (lebih kurang 1 sudu teh sahaja, kicap pula ikut selera masing2 nak guna kicap lemak masin atau kicap manis. Kalau kicap manis boleh la bubuh lebih sikit).
- Terus masukkan secubit serbuk lada sulah dan secubit serbuk perasa.
- Terbalikkan telur (kalau suka kuning telur tu cair, biarkan telur tu seminit aje dan terus terbalikkan semula dan terus angkat). Sedia untuk dinikmati...
Resepi yang ringkas tapi sedap.
SELAMAT MENCUBA
0 Response to "TELUR MATA KERBAU BERKICAP"
Post a Comment